Pages

Thursday, May 5, 2011

ikhlas


Bismillah
salam...

alhamdulillah. segala pujian bagi Allah. insyaAllah, kali ini saya akan kongsi sedikit sebanyak tentang ikhlas.

pembaca yang dikasihi,

sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan, kita mestilah tahu syarat diterimanya amalan tersebut.

Syarat suatu amal diterima oleh Allah

1. melakukan sesuatu perkara itu dengan niat hanya kerana Allah.
2. perbuatan yang dilakukan itu sesuai dengan apa yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-quran atau dengan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah (S.A.W) di dalam sunnahnya.

Jika sesuatu syarat di atas hilang, maka amalan itu tidak diterima oleh Allah.

Perintah untuk ikhlas dan peringatan agar menjauhi riya' dan syirik

perbuatan sangat tergantung kepada niat. sabda Rasulullah(S.A.W) yang bermaksud:
"sesungguhnya amal-amal itu tergantung dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu mendapatkan balasan sesuai dengan yang diniatkan."
Kita perlulah menjauhi sifat yang buruk iaitu riya'. bila seseorang itu dikatakan riya'? Seseorang itu dikatakan riya' jika dia beribadah tapi tujuannya ingin diperhatikan orang lain dan membuat orang itu kagum.

ketahuilah, niat itu tergantung kepada ikhlas.Kita mestilah ikhlas bukan sahaja dalam satu amalan yang kita buat, bahkan kita mestilah ikhlas dalam melakukan semua amalan soleh yang kita lakukan.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Daripada hadis ini kita dapat melihat bahawa pentingnnya ikhlas di dalam setiap amal soleh yang kita lakukan. di dalam kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, kita juga mestilah melaksanakan amal soleh dan betaqwa kepada Allah.

daripada kisah nabi yusuf juga, kita dapat lihat dengan ikhlas, baginda selamat daripada percubaan isteri raja yang ingin melakukan zina terhadapnya.

ayat-ayat yang memerintahkan untuk ikhlas:

firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah.” ( az-Zumar: 2-3)

firman Allah:
“Padahal, mereka tidaklah disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya dalam menjalankan ajaran yang lurus, mendirikan sholat dan menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus.” (-Bayyinah: 5)

Daripada ikhlas, kita mendapat banyak manfaat. Diantaranya ialah:
1. kemengan umat.
2. selamat dari azab di akhirat.
3. kedudukan yang tinggi di akhirat.
4. diselamatkan dari kesesatan dunia.
5. do'a yang dikabulkan.

banyak lagi manfaat-manfaat yang akan kita perolehi jika kita melakukan sesuatu amalan itu dengan ikhlas.

sampai sini sahaja. Segala kebaikan itu datang daripada Allah dan segala kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri.
wassalam.



rujukan:
buku 'ikhlas : syarat diterimanya ibadah'.

No comments:

Post a Comment

tengok je? komen la sikit!