Pages

Thursday, September 9, 2010

eid mubarak !

salam..

bismillah

fuh! lame btol x tlis dah kat sni! Alhamdulillah..kali ni dpat gak tulis.

Ramadhan
walaupun ramadhan dah tinggalkan kita, tapi ingin kongsikan sikit camana ramadhan kat yaman nih. kali ni ana first time posa di yaman. orang yaman kalau bulan puasa ni rajin baca quran tapi yg bestnya klau pagi2 jalan mesti sunyi. kenapa? haa..sebab org yaman mereka tidur waktu pagi, waktu malam pulak tak tidur sampai waktu sahur..kenapa? sebab mereka makan daun yg dinamakan qat. depa tak makan pun daun tu..tapi depa masukkan daun tu dlm mulut sampai kembung pastu kunyaah.org yg khazin(makan qat)mereka jadi ketagih dengan daun tu. pastu dkat yaman, skolah akan mula lambat ataupun cuti. macam skolah ana pukul 9 baru mula. waktu malam jalan memang sesak.klau pada 10 malam terakhir fuh! lagi sesak! malam raya pulak pergh! lagi lagi sesak!

raya
dengar kata kat yaman ni depa mkn kacang ja..klau kat malaysia, pnoh satu meja dgn makanan! esok insyaAllah first time ana akan raya disini..



SELAMAT HARI RAYA!
kullu 'am waantum bikhair!
maaf zahir dan batin

sampai sini saja..
wasalam..



Saturday, January 16, 2010

trip 2 Dar el_Hajar

bismillah...
assalamualaikum...

alhamdulillah,krn masih dpt menghirup udara segar di bumi yemen ni...walaupun banyak debu,tapi ana tetap b'syukur...

hari Jumaat lepas ana p ke Darul Hajar ataupun org yemen kata Darul Hagar.ana pergi ke sana dengan kluarga ana dgn beberapa keluarga yg lain lagi drpd pensyarah2 UST.kami p ke sana dgn satu coster & satu van.brtolak pkul 8.00 pagi dari rumah.dah sampai tu mula2 kami pergi ke istana/rumah Imam Yahya.



istana/rumah Imam Yahya
rumah ni milik Imam Yahya...seorang raja yg zalim.. ada satu pokok dkt dgn istana ni dah hidup lebih kurang 400 tahun.bilik imam ni mengadap kiblat...tandas dia...suhanallah...mcm bkn tandas.mcm tmpt rehat pulak...bilik 'pak gat' dia dah la kecik tinggi plak nak masuk...nak masuk kena tunduk dan merangkak..haih..kesian kat pak gat tu...peti ais dia sambung dgn dinding x pyh pakai letrik dah..guna angin semulajadi ja...
Dah habis buat lawatan kat istana,kami pergi ke masjid presiden di hadda.Masjid ni adalah masjid terbesar dan tercantik d Yemen.telah mula digunakan pada bulan Ramadhan 2008.Mula-mula nak cari tempat ambil wudhu' pusing satu masjid x jumpa.pastu tanya sorang manusia ni kat mana tandas,pastu dia baritahu kat ana kat mana tandas..Alhamdulillah...jumpa juga tandas...nak masuk masjid kena cek dengan askar dulu...Alhamdulillah blh lepas...mungkin sampai sini saja cerita ni kat bawah tu ada sedikit gambar yg blh dikongsikan...

kluarga ana kat dlm istana tu rumah atas bukit


kolam imam
kat atas bukit
masjid presiden


wassalam...

Tuesday, January 12, 2010

periksa!!!

bismillah...
assalamualaikum...

ni lah jadual peksa kat sekolah ana...

sabtu:al-quran
ahad:al-quran
isnin:matan
selasa:aqidah & sirah
rabu:tafsir & hadis
khamis:nahu & fiqh

hari jumaat cuti...fuh!penat bace buku.
lepas peksa ni insyaAllah cuti...

sampai sini saja...

wassalam.

Friday, November 27, 2009

eid mubarak...

bismillah...
Assalamualaikum...
salam 'eid mubarak ana ucapkan kpd sume pengunjung blog nih.


"kullu 'am wa antum bikhair"

sorry terlambat tulih pasai aidul-adha...

Wednesday, July 15, 2009

ciri-ciri peribadi muslim

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.........................Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk hidup di dunia ini.Alhamdulillah,akhirnya,dapat juga ana manulis sedikit perkongsian dlm blog ana nih...insyallah post ana kali ini adlh serba sedikit ttg peribadi muslim.
10 ciri-ciri peribadi muslim ialah:
1.Aqidah sejahtera
2.ibadah yg soheh
3.Akhlak yg mantap
4.berilmu pengetahuan tinggi
5.mampu mencari sumber pendapatan
6.bermujahadah diri
7.riadhah
8.pandai mengurus diri
9.pandai mengurus masa
10.bermanfaat untk org lain

Ana juga ingin menyentuh sdikit ttg tauhid.Tauhid terbahagi kpd 2 bahagian iaitu:
1.tauhid rububiah:Yakin & percaya bahawa alam ini ada penciptanya.
2.tauhid uluhiah:yakin & percaya bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan tolak selain drpd Allah.

Setakat ini sahaja...Whatever yang kita buat,kita jangan lupa Allah,pencipta kita & alam ini. segala yg baik adalah dari Allah swt..dan yg buruk adalah dari kelemahan ana sendiri... wallahu'alam...

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, July 11, 2009

Al_Fatihah

assalamualaikum...


al-fatihah buat Syeikh Fathi Yakan yg telah pulang ke rahmatullah pd 13 jun yg lalu... moga beliau di tmpatkn bersma org2 soleh... amin ya rabb...

sdikit biodata ttg beliau...

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Moga akan lahir lebih ramai da'i2 yg berperibadi hebat spertinya agar Islam dpt tertegak kembali...

Thursday, July 2, 2009

stress??!!


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
Bismillah...
Alhamdulillah... syukurrrrr bangat! hari nih dapat menulis kembali setelah lama tertangguh...
Ana just nak kongsikan sejenis spiesis senaman yang direka khas oleh akhi pamiesz...
Nak tau camne? Mai kita tengok kat bawah...



To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

x pun pegi amik wudhu' solat taubat banyak2


Sekian~